Khamis, 17 Mac 2011

LATARBELAKANG


Kg Seri Aman adalah sebuah kawasan yang merujuk kepada sebuah penempatan Kg Melayu di tepi Sungai Kelang. Terdapat sebanyak 6 buah kampung secara keseluruhannya di Batu 13 berhampiran dengan tepi Sungai Kelang ini iaitu Kampung Baru Seri Puchong, Kampung Seri Langkas, Kampung Seri Langkas Tambahan,Kampung Seri Aman, Kampung Tengah dan Kampung Kenangan. Diakhir tahun 60an terdapat satu peristiwa buruk dimana sebuah kapal korek dikawasan perlombongan di puchong telah terbalik,ia berlaku di Batu 13 yang mana sekarang dipanggil sebagai Puchong Permai. 'Buaya Puchong' yang dahulunya menjadi tajuk besar didalam surat khabar juga berasal dari sebuah tasik semulajadi di Kampung Seri Aman ini.

Kg Seri Aman terletak di dalam kawasan DUN Sri Serdang dan terbahagi kepada 5 kawasan iaitu Kg Seri Aman, Kg Seri Aman Berkat, Kg Seri Aman Bistari, Kg Seri Aman Hilir dan Kg Seri Aman Luar.

Kg Seri Aman yang dahulunya dikenali sebagai Kg Pulas mulai diteroka oleh penduduk kaum Melayu semenjak dari awal 1960an lagi. Telah diberikan status sebagai Lesen Tumpang/Pendudukan Sementara (TOL) di awal zaman penerokaannya, kini kesemua penduduk di Kg Seri Aman telah menerima status geran pajakan 99 tahun.

Draf Rancangan Tempatan MBSA, MBPJ dan MPSJ 2020 pula mengiktiraf Kg Seri Aman ini sebagai sebahagian daripada Kampung Tradisi di bawah kawasan MPSJ.

Sehubungan dengan itu selaras dengan keperluan semasa dan penduduk setempat, pihak JAIS melalui rujuk: Bil. (103) dlm. JAI.SEL.BPM/01/023 bertarikh 3 Ogos 2009M / 12 Syaaban 1430H telah memberi kelulusan bagi tujuan pembinaan sebuah masjid di atas sebidang tanah berhampiran Tasik Kg Seri Aman, Puchong. Senibina masjid ini akan mengambil kira keperluan terkini iaitu, di mana ianya akan dilengkapi dengan ruang solat utama serta ruang aktiviti keagamaan seperti pembelajaran fardu-ain, majlis kesyukuran, dewan, perpustakaan dan sebagainya. Kos pembinaan dianggarkan RM7.5 juta.

 

SURAT KEBENARAN PEMBINAAN MASJID



2 ulasan:

  1. Salam, ulasan perkembangan terkini berkaitan projek pembinaan masjid ini boleh dilayari menerusi laman web(masjidkgseriaman.blogspot.com)

    BalasPadam
  2. Http://masjidkgseriaman.blogspot.com

    BalasPadam