Khamis, 10 Mac 2011

RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID

Disebabkan oleh masalah kekangan peruntukkan, projek pembinaan Masjid di Kg Seri Aman ini tidak tersenarai di dalam projek pembangunan JAIS di bawah RMKe-10. Sekiranya tiada aral melintang dan mempunyai peruntukkan yang mencukupi pihak JAIS hanya akan menyalurkan peruntukkan bagi projek pembinaan ini di bawah RMKe-11 (2015-2020). Sehubungan dengan itu pihak JAIS telah mengesyor dan meluluskan agar projek pembinaan ini dimulakan dengan menggunakan dana yang diusahakan sendiri oleh pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg Seri Aman.

Sehubungan dengan itu sumbangan Ikhlas Daripada Dermawan Amatlah Di Alu-alukan:-
Segala bentuk bantuan bolehlah disalurkan atas nama (Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg. Seri Aman, PuchongNo. Akaun Maybank: 5627 7721 0651
BANK DETAILS

Bank Name
Malayan Banking Berhad
Bank Address
H-01-10 & H-01-09, H-02-14 & H-02-13
Ground Floor & 1st Floor Block H
Pusat Perdagangan Puchong Prima
Jalan Prima 5/4
Taman Puchong Prima
47100 Puchong, Selangor.
Selangor
Account Name
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg. Seri Aman, Puchong
Account No
5627 7721 0651
SWIFT Code
MBBEMYKL
Telephone/
Fax No
Manager 03-8068 1724
General
03-8061 0921
03-8061 7501
03-8061 3496
03-8068 2754
Fax
03-8060 2496


Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya,
dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki

SURAT KEBENARAN MEMBUAT PUNGUTAN DERMA KHAIRAT




Daripada Abu Hurairah r.a Daripada Rasulullah SAW sabdanya:
Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang, Seseorang yang pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan padanya, Dan seseorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah, maka Allah  menaikkan darjatnya .
Hadis Riwayat Muslim.

Derma yang disumbangkan juga akan diberi pelepasan cukai daripada pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3 ulasan:

  1. Salam Tuan moderator,

    Sebagai seorang pewaris pemilik tanah di Kg Seri Aman, ingin saya memberi cadangan cara-cara lain bagi mendapatkan dana seperti berikut:

    1. Pecahkan pelan lantai masjid kepada lot-lot kecil. Lot-lot ini kemudian boleh diual sebagai tapak waqaf. Harga setiap lot hendaklah dalam jangkauan yg difikirkan sesuai.

    2. Mengadakan jualan amal. Antara produk yg boleh dijual adalah contohnya kalendar, t-shirt, kitab, buku, dsb,

    3. Tabung kutipan derma di kedai-kedai, petrol pump dsb.

    terima kasih

    BalasPadam
  2. Maaf kerana blog ini telah lama tidak dikemaskini.
    Untuk makluman tuan pihak JK Pembinaan Masjid pada ketika ini sedang berusaha untuk mandapatkan semua kelulusan yang diperlukan yang melibatkan status tanah, kelulusan JAIS dan juga pihak MPSJ yang melibatkan kelulusan kebenaran merancang, pelan parit dan jalan, kerja2 tanah serta kelulusan pelan bangunan dan kesemua usaha tersebut telah dimulakan seawal tahun 2009 bermula dengan kelulusan daripada pihak JAIS diikuti oleh pewartaan tanah dan alhamdulillah kesemua kelulusan yang diperlukan bagi pembinaan sebuah masjid telah berjaya diterima dengan kelulusan terakhir melibatkan pelan bangunan pada Februari 2013

    BalasPadam
  3. Salam, ulasan perkembangan terkini berkaitan projek pembinaan masjid ini boleh dilayari menerusi laman web (masjidkgseriaman.blogspot.com)

    BalasPadam