Isnin, 14 Mac 2011

REKABENTUK CADANGAN MASJID KG SERI AMAN

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid Kg Seri Aman dengan kerjasama Jururunding bertauliah yang dilantik HIA Architect Sdn Bhd yang beralamat di No. 5-G 7th Floor Block 1 Worldwide Business Centre Shah Alam Selangor telah bersetuju agar pembinaan masjid ini menerapkan ciri-ciri senibina tradisional dengan mengambilkira keperluan asas yang perlu ada bagi sebuah kompleks masjid yang digabungkan dengan ciri-ciri moden tanpa meminggirkan asas seni bina Islam. Masjid yang akan dibina kelak diharap akan menjadi satu mercu tanda Islam yang boleh dibanggakan dan kekal dinamik sepanjang zaman. Semoga manfaat yang bakal diperolehi dapat diimarahkan bersama oleh kesemua penduduk kampung sesuai dengan kedudukan kampung ini yang diiktiraf sebagai Kg Melayu Tradisi.

Secara asasnya masjid ini mengambil kira rekabentuk Masjid Kg Laut di daerah Nilam Puri di bawah Jajahan Kota Bahru Kelantan. Ianya merupakan sebuah masjid yang bersejarah dan usia masjid tersebut dipercayai melebihi 300 tahun yang juga turut dikaitkan dengan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara di abad ke-17 Masihi.

Berasaskan kepada Masjid Kg Laut tersebut dan disesuaikan dengan peredaran zaman, rekabantuk masjid Kg Seri Aman ini  di terapkan dengan ciri-ciri moden kontemporari termasuk dengan rekabentuk minaret dan kubah utama masjid ini yang diadaptasikan daripada rekabentuk beberapa masjid moden di dunia.

Berikut merupakan beberapa lakaran rekabentuk masjid yang dicadangkan.














1 ulasan:

  1. Salam, ulasan perkembangan terkini berkaitan projek pembinaan masjid ini boleh dilayari menerusi laman web (masjidkgseriaman.blogspot.com)

    BalasPadam